Saturday 22 October 2011

MAKAN TIME....

Kita nak cubalah makan kat Manhattan Fish Market, di Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang. Sedap jugalah makan kat situ. Kitaorang makan Seafood Platters.. Harga Seafood Platters tu dalam RM60.00 rasanya. Tak ingat plak.

Nak makan murah makan kat gerailah. Makan kat sini mahallah banyak... Hehehe... kadang-kadang aje. Kalau selalu mahu pokainya aku..

Nak makan kat sini Manhantan Fish Market ni kenalah bawa duit lebih sikit dalam RM 50.00 ke RM 100.00 lebih. Tengok menu dia lah... Ada yang murah ada yang mahal. Tepuk perut tanyalah selera apa?

Semalam pulak kitaorang makan kat Kopitiam kat tingakt LG di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam. Not bad lah.. Aku suka char kuey tiaw dia.. Yang kering punya bukan yang basah.

Satu lagi tabiat Arissa ni, dia suka mengikut apa yang kita minum dia pun nak minum. Nescafe atau kopi pun dia hentam... Tu air teh panas mama die pun die minum...

2 comments: