Saturday 29 October 2011

ARISSA MERAJUK

Arissa satu perangainya kalau dia letih atau mengantuk mesti buat perangainya. Asyik nak menjerit minta itu minta ini. Kalau Arissa dah mengamuk asyik menjerit nak mama je. Nak mengadu kat mama dia lah tu. Akhirnya wife aku jadi mangsa amukan Arissa. Heheheh... amukan merajuk je. Gambar atas tu tengah merajuklah tu.


Hari tu makan kat restoran mamak kat seksyen 20, Shah Alam. Wife aku makan ayam tandoori dengan roti nan 'cheese' dan aku makan nasi lemak sambal ikan bilis serta telur mata. Hehehe... dah abis makan baru ingat nak ambil gambar. Aku punya nasi lemak sudah licin daaa...

Sodap gak layan ratah ayam tandoori letak limau nipis. yum.. yum.. Arissa plak tumpang sekaki makan nasi lemak dengan aku.

Monday 24 October 2011

JOM LEPAK KAT SINI

Malam semalam lepas gi Plaza Shah Alam, kitaorang gi makan kat seksyen 6 kat kedai makan namanya 'JOM LEPAK KAT SINI'. Lokasinya kat depan pasar seksyen 6 dan tepi kedai Aida Tomyam. Kalau korang pelajar UITM Shah Alam tahu kot kat area air mangga bungkus RM1 tu..
Makanan kat sini 'not bad' lah. Sedap jugalah. Nampak macam baru je buka. Bersih je kedainya. Malam tu wife aku makan ayam masak apa aku pun tak ingat dengan nasi goreng cendawan serta air laici. Aku pula minum teh tarik je sebab aku baru je melantak kat kedai mamak di seksyen 14 sementara menunggu wife abis kerja. Perut masih kenyanglah masa ini.

Akhirnya teh tarik aku Arissa yang abiskan. Ikut je orang..

Sunday 23 October 2011

GAMBAR LAMA

Gambar lama abah, mak dan tuk aku baru jumpa kat FB sepupu aku. Terima kasih Mummy Dea yang meletakkan gambar tu kat FB. Aku pun tak tahu wujud gambar tu. Teringat kat abah, mak dan tuk aku.

Gambar di atas ni memang tergantung kat dinding rumah kampung. Cuma tak sempat nak scan je. Tengoklah tahun bila gambar tu. 1962 memang dah dekat 50 tahun. Segak dan cantik. Pasangan secocok. Abah aku, Hj Mohd Nilam Bin Hj Abd Aziz dan mak aku, Hjh Wan Hasnah Bt Hj Ibrahim.

Gambar mak aku dengan adik-adiknya. Rasanya gambar tu diambil di Taiping. Teka je. Mak aku adalah anak yang sulung.

Gambar tuk sebelah mak aku, Hj Ibrahim Bin Talib.

KERETA MAKAN DUIT

Haiya.... kereta kami buat hal lagi pulak. Aku dah agak nak rosaknya kereta kami. Tup..tup.. hari ahad hos radiator bocor. Hari ni kenalah pergi bengkel kereta kat Shah Alam. Kenalah pergi juga sebab jalan je enjin panas dan kereta tu pakai nak pergi kerja.

Sebelum bengkel buka lagi aku dah terpacak kat depan pintu. Hehehe... malas nak pergi tengahari sebab nanti aku kena pergi kerja pulak. Sempatlah kereta tu aku bawa pergi komuter hantar wife pergi kerja. Lepas tu terus ke bengkel.

Cadang nak ganti hos tu je tapi banyak pulak rosaknya. Brek pam rosak. Hmmm... sampai 3 jam lebih gak pah aku duk kat bengkel tu.

Suruh je tauke kira. Jumlah RM300 lebih daaa.. Lari bajet kami bulan nie...
Apa lagi bulan nie duk rumah je lah jawabnya.

Apa pun nak buat macam mana. Kereta tu pakai tiap-tiap hari pasti akan rosak punya. Itu pun banyak lagi yang aku belum baiki. Terima je lah..

Saturday 22 October 2011

MAKAN TIME....

Kita nak cubalah makan kat Manhattan Fish Market, di Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang. Sedap jugalah makan kat situ. Kitaorang makan Seafood Platters.. Harga Seafood Platters tu dalam RM60.00 rasanya. Tak ingat plak.

Nak makan murah makan kat gerailah. Makan kat sini mahallah banyak... Hehehe... kadang-kadang aje. Kalau selalu mahu pokainya aku..

Nak makan kat sini Manhantan Fish Market ni kenalah bawa duit lebih sikit dalam RM 50.00 ke RM 100.00 lebih. Tengok menu dia lah... Ada yang murah ada yang mahal. Tepuk perut tanyalah selera apa?

Semalam pulak kitaorang makan kat Kopitiam kat tingakt LG di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam. Not bad lah.. Aku suka char kuey tiaw dia.. Yang kering punya bukan yang basah.

Satu lagi tabiat Arissa ni, dia suka mengikut apa yang kita minum dia pun nak minum. Nescafe atau kopi pun dia hentam... Tu air teh panas mama die pun die minum...

Friday 21 October 2011

TOY ARISSA

Aku tak tahulah dah berapa banyak aku dan wife belanjakan untuk beli mainan Arissa ni. Maklumlah ank tunggal setakat ni maka diturutkan aja apa kemahuan die. Sayang anaklah katakan. Tapi tak semualah yang Arissa nak tu kami turutkan aje. Paling penting tengok harga dulu lah. Kalau sampai beratus satu mainan tu jarang sekali tapi pernah gak lah. Itu pun amat jaranglah mainan yang mahal kotaorang belikan.

Keluar je mesti Arissa cakap ' Nak tu papa...' 'Nak ni papa' Hehehe... kadang-kadang kitaorang wat der je sebab nanti layan mesti nak beli punya...

Aku agaklah dekat semuanya lebih RM1000.OO kot semua mainannya... Dua bakul penuh...

Tapi takperlah... aku ok je janji ada duit kami belilah.Kalau x, tangguh dululah kalau nak beli...

Tuesday 18 October 2011

KERETA BUAT HAL

Kereta wira kami macam buat hal plak hari nie. Aku syak macam driveshaft yang problem je. Ish.. duit lagi. Dah lama tak servis keta tu. Yelah drive pergi balik dari pejabat aku dan wife. Terasa macam nak je trade in kereta tu dan beli kereta baru. Mampu je.

Nantilah dulu kalau nak beli kereta baru. Kami rancang nak pakai kereta tu dulu sampai habis bayar baru beli yang baru. Buat apa beli yang baru kalau yang lama boleh pakai lagi. Takkan menyusahkan nanti. Betul?

Alaa... lagi 3 tahun abis bayar lah tu. Jap je tu. Aku rasa macam nak buat sikit apa-apa yang patut kat kereta kami tu lah. Nak cat baru, tukar tayar, check brek dan banyak lagi. Banyaklah plak. Confirm keluar duit banyak tu. Hahahah... nantilah dulu kot.

Apa-apa pun pakai je... setakat nie kereta kami tak menghampakan kami lagi. Harap-harap lah ye.

Monday 17 October 2011

iCITY

Aku yang dah lama banget dulu Shah Alam nie pun tak pernah gi iCity lagi. Akhirnya dapatlah aku bawa famili aku gi sana. Itu pun bulan lepas kot rasanya. Selepas setahun lebih rasanya iCity dibuka. Aku pun tak ingat daaa...
Hari tu kitaorang gi ikut gate yang kat pintu belakang UiTM Shah Alam kat seksyen 7. Kitaorang masuk petang pukul 6 petang. Kalau masuk malam mesti tak ada parkir punya. Tambah lagi kami pergi pada hari Ahad. Baik korang masuk petang dan 'stay' sampai malam. Aku sarankan masuk dekat kul 6 petang.

Aku nak kata best sangat kat dalam iCity tak adalah. Tak best sangat pun tak adalah. Kira bolehlah. Kalau benda nak main dalam iCity tu murah sket maka aku akan golongkan dalam kategori best lah tapi..... mahal daaaa...
Nak naik merry-go-round dan giant swing (alaaa... buaian yang 'swing' laju-laju tu dalam bulatan)itu pun dah RM5.00 seorang. Belum yang naik rail car lagi. Itu dah RM10.00 seorang daaa... Akhirnya kat iCity kitaorang habis dalam RM50.00 gak lah. Itu main je. Parking rasanya RM5.00 kot. Dari 6 ptg hingga 8 malam.
Nasib baik kat playground yang banyak lampu warna warni tu ada surau. Takyah lah gi jauh. Senang nak solat. Video arked dia aku suka gak sebab banyak gak game yang baru. Bukan game yang biasa pernah aku tengok. Tapiii... mahal daaa... ada yang sekali main 1 token (1 token- RM1.00), ada yang 2 token. Yang main kena 3 token pun ada daaa...
Aku tak berkesempatan nak masuk tempat salji tu. Bukan apa sebab malas kerna nak masuk RM25.00 seorang. Budak kecil rasanya RM15.00 kot. Aku dan wife aku tambah ngan anak aku jumlahnya RM65.00 untuk masuk jalan-jalan lepas tu ambik gambar main salji dan lepas tu keluar. Rasa membazir plak. Kalu masuk aquarium kat KLCC tu ok lah gak. Boleh tengok ikan. Ni masuk nak tengok apa? Tengok oranglah jawabnya.
Kalau korang tak pergi lagi dan nak pergi, aku cadangkan korang bawak bekalan duit yang banyak sket. Sebab agak mahal gak lah nak main kat dalam iCity.

Arissa Yasmin dan familinya

Blog ni aku buat khusus untuk aku catatkan segala yang berkaitan dengan hidup aku, isteri aku dan anak aku. Bukanlah aku nak riak ker apa. Apa yang nak riaknye.. aku bukannya kaya pun. Tak der nya nak riak. Cuma nak kongsi apa yang patut dengan korang yang tengah baca blog 'Bantal Busyuk' ni..
Untuk pengetahuan korang lah.. gambar yang aku buat header tu memang gambar bantal busyuk anak aku. Dari dia lahir sehingga sekarang bantal busyuk tu lah yang buat anak aku tenang je bila nak tidur. Anak aku panggil bantal busyuk dia tu 'green' sebab dah warnanya hijau. Anak aku, Arissa Yasmin, memang suka menghidu bantal tu bila dia nak bersemayam. Eh.. macam anak raja plak. Tidorlah. Apa yang dia hidu aku pun tak tahu mungkin aroma yang wangi kot..
Arissa Yasmin ni dah berumur 4 tahun kalau ikut tahun lah. Kalau ikut bulan lahir baru je 3 tahun lebih sebab lahir bulan 12.

Sekarang dah pandai cakap, berlari dan menyanyi. Menyanyi! Hahahaha.... lagu-lagu yang dia reka cipta sendiri lah. Aku dengar je lah apa yang dia nyanyi.
Asyik anak aku je. Mak dia macam mana plak. Hah... dia tak panggil mak. Panggil 'mama'. Isteri aku ni namanya Siti Rokiah. Cinta zaman belajar dulu masa kat UiTM Shah Alam. Kitaorang kawin 2007. Muda 5 tahun dari aku yang dah berjanggut nie. Sepanjang perjalanan kitaorang sebagai suami isteri memang banyak sangat cabaran. Nantilah kita kongsi pengalaman mana yang boleh.

Yang akan menulis di blog ni nanti adalah aku dan isteri aku. Takkan anak aku kot.

Semua tu mukadimah aku lah... Selamat membaca..