Monday, 17 October 2011

iCITY

Aku yang dah lama banget dulu Shah Alam nie pun tak pernah gi iCity lagi. Akhirnya dapatlah aku bawa famili aku gi sana. Itu pun bulan lepas kot rasanya. Selepas setahun lebih rasanya iCity dibuka. Aku pun tak ingat daaa...
Hari tu kitaorang gi ikut gate yang kat pintu belakang UiTM Shah Alam kat seksyen 7. Kitaorang masuk petang pukul 6 petang. Kalau masuk malam mesti tak ada parkir punya. Tambah lagi kami pergi pada hari Ahad. Baik korang masuk petang dan 'stay' sampai malam. Aku sarankan masuk dekat kul 6 petang.

Aku nak kata best sangat kat dalam iCity tak adalah. Tak best sangat pun tak adalah. Kira bolehlah. Kalau benda nak main dalam iCity tu murah sket maka aku akan golongkan dalam kategori best lah tapi..... mahal daaaa...
Nak naik merry-go-round dan giant swing (alaaa... buaian yang 'swing' laju-laju tu dalam bulatan)itu pun dah RM5.00 seorang. Belum yang naik rail car lagi. Itu dah RM10.00 seorang daaa... Akhirnya kat iCity kitaorang habis dalam RM50.00 gak lah. Itu main je. Parking rasanya RM5.00 kot. Dari 6 ptg hingga 8 malam.
Nasib baik kat playground yang banyak lampu warna warni tu ada surau. Takyah lah gi jauh. Senang nak solat. Video arked dia aku suka gak sebab banyak gak game yang baru. Bukan game yang biasa pernah aku tengok. Tapiii... mahal daaa... ada yang sekali main 1 token (1 token- RM1.00), ada yang 2 token. Yang main kena 3 token pun ada daaa...
Aku tak berkesempatan nak masuk tempat salji tu. Bukan apa sebab malas kerna nak masuk RM25.00 seorang. Budak kecil rasanya RM15.00 kot. Aku dan wife aku tambah ngan anak aku jumlahnya RM65.00 untuk masuk jalan-jalan lepas tu ambik gambar main salji dan lepas tu keluar. Rasa membazir plak. Kalu masuk aquarium kat KLCC tu ok lah gak. Boleh tengok ikan. Ni masuk nak tengok apa? Tengok oranglah jawabnya.
Kalau korang tak pergi lagi dan nak pergi, aku cadangkan korang bawak bekalan duit yang banyak sket. Sebab agak mahal gak lah nak main kat dalam iCity.

No comments:

Post a Comment